Monday 30 November 2015

Testimoni Pelanggan

Hai Assalamualaikum...
Selawat dan Salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW..

Hari ni nak tunjuk pada anda beberapa testimoni yang kami dapat dari pelanggan...
Kami akan tunjuk sedikit demi sedikit ye..
Maklumlah..
Banyak sangat testimoni yang baik dalam simpanan kami...

Testimoni tentang masakan..mudah menggunakan Daging Salai Haji Soid..
Tentang sedap dan lazat..tentang jimat masa..
Banyakkkkkk sangat...
Tapi hari ni nak tunjuk hanya beberapa sahaja..


Ini testimoni yang pertama kami terima..terima kasih pelanggan


Ha...tengok tu..anak-anak pun suka...boleh ratah jer macam tu tau..sedaaappp!

Okey..
Ini dulu buat masa ni ye..
Nanti kami update lagi testimoni pelanggan..
Pelanggan percaya daging salai kami adalah yang terbaik di Malaysia..
Jadi apa tunggu lagi..
********************************
Call/WhatsApp kami di 0199935947
Call/WhatsApp kami di 0199935947
Call/WhatsApp kami di 0199935947

Jumpa  lagi byeeee...

Monday 16 November 2015

Harian Metro - Daging Salai Haji Soid

Hai Assalamualaikum semua...

Ha...seperti saya janjikan dalam entry yang lepas..
Nak beri sisipan Harian Metro yang telah dikeluarkan pada 15 Julai 2014..
Alhamdulillah..
Tanpa sebarang bayaran dikenakan buat kami..
Bersyukur yang teramat sangat..

Inilah bermulanya Daging Salai Haji Soid mula dikenali..
dan menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak..
dan ditempah oleh mereka yang berada diluar kawasan Pahang..

Terima kasih Harian Metro mengeluarkan cerita kami..



Bermula dari sini..handphone..WhatsApp..SMS kami semua penuh..
Bertalu-talu orang call sejak pagi hingga ke malam..
dan berterusan selama seminggu...
Alhamdulillah..
Maka..dengan sisipan  inilah bermulanya..
Orang Malaysia sendiri mengenali Daging Salai Haji Soid..

Terima kasih Malaysia yang mempercayai Haji Soid Frozen Food sebagai produk salaian anda...


** Abaikan wajah hakak yang terlebih tembam dan somel itu..




Monday 2 November 2015

Packaging

Assalamualaikum...
Hai semua..

Jumpa lagi dalam entry kali ni..

Kali ni nak cerita packaging Daging Salai Haji Soid yang kami perbaharui...
Lebih fresh..Lebih cantik..
Yela..packaging yang lama tu kami design sendiri..
Buat sendiri..
Kami tak ada basic men 'design' perkara-perkara macam ni..

Kami buat setakat kami mampu sahaja...

Ini packaging lama kami..

packaging yang lama..


Walau packaging ni tak cantik sangat..
yelah..kemampuan kami terhad..
Itu jer mampu..
Tapi Alhamdulillah..
Packaging ni lah yang membawa kami ke Harian Metro..
Di temuramah oleh wartawan..
(dapatlah juga muka kami masuk dalam surat khabar tanpa sebarang bayaran)
Alhamdulillah...
kami anggap ini rezeki dari Allah...

Bermula dari inilah..
Daging Salai Haji Soid mencanak naik..
Jenama Daging Salai Haji Soid semakin dikenali ramai...
Pergi ke Sabah Sarawak semua..
Sebelum ni..tak pernah lagi ada tempahan dari Sabah Sarawak..

Sekarang dah ada packaging baru..
Dengan bantuan beberapa agensi kerajaan dan designer yang membantu kami untuk meningkatkan mutu packaging..
Yang lebih cantik..fresh..realistik..
Alhamdulillah...

Packaging baru

Ha..banyak bezanyakan?
Lebih cantik..nampak daging salai tu mengiurkan betul..
Ha..jika ternampak daging salai ni..di pasaraya berdekatan anda..
Atau rangkaian kedai Az-Zain atau di kedai-kedai runcit berdekatan dengan anda.
.jangan lupa grab untuk rasa daging salai kami yang asli ni ya..

Jenama sekarang adalah SOID..
tapi lebih dikenali dengan Daging Salai Haji Soid..

Matlamat kami..
Ingin menjadi produk salai sejukbeku NO 1 di Malaysia..

Kami mahu..bila nak makan daging salai..
orang mesti teringatkan Daging Salai Haji Soid..

Sisipan Akhbar Harian Metro..
InsyaAllah..next entry saya tunjukkan pada anda semua..

Semoga berjumpa lagi..
Doakan kami bertambah maju..dan dapat memenuhi citarasa anda semua..xoxo

Anda juga boleh dapatkan produk kami di
Call/SMS/WhatsApp : 0199935947






Sunday 25 October 2015

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum..
Hai semua...

Setelah entry pertama bulan 2 dulu..
Ini adalah entry kedua..
Amboiiii...lamanya..hihihi

Maaf atas kesibukan.. tak dapat nak update blog ni untuk uollsss..

Okey hari ini nak share resepi baik punyaaaaa...
Kami rasa..daging salai sangat-sangat terkenal dengan masakan ini..

Okey jom review resepi..
Sesiapa nak cuba..boleh!..
Tapi kalau post masakan ni di media sosial..
Bagilah kredit sikit.. (aci x? heheheh)
Tapi kalau taknak pun tak apa..
No Worry okey!
Dan kalau nak share resepi ini pun boleh..



DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

Bahan : 

1. Daging Salai Haji Soid - 1 paket


2. 10 biji Cili Api 
(kalau nak pedas terbakor lagi..boleh lah tambah lagi ye)


3. Kunyit hidup sebesar ibu jari
(kalau tak ada..pakai kunyit serbuk sudahhhh...hihihi..tapi rasa dia lain sikitlah..nak terlajak sedap pakailah kunyit hidup ye uolsss)


4. Santan 1 biji kepala..eh! kelapa..
( macam biasa kalau tak ada..pakai yang kotak je sudah..tapi rasanya lain sikit..sebab ada bahan pengawet dalam kotak-kotak santan tu semua)

5. Kentang 4 biji potong 4

6. Daun kunyit 
(kalau ada..kalau tak ada..usah ditebang pokok kunyit orang ye..kalau nak pergi mintak bebaik pada jiran cik kak tu ha..)



Cara-cara :

1. Defrost dulu Daging Salai Haji Soid. Tak payah lama-lama.. 5 minit jer pun dah cukup..

2. Blend kunyit hidup dan cili api

3. Bahan blend tadi tunagkan dalam periuk..

4. Masukkan kentang

(special tentang Daging Salai Haji Soid adalah..masukkan kentang dan PERLU empukkan kentang dulu kentang tadi)

5. Bila kentang tadi dah empuk, masukkan Daging Salai Haji Soid dan daun kunyit.

6. Dah nampak daun kunyit layu dan kuah lemak cili api tadi dah sebati dengan daging salai..boleh lah tutup api..Taraaaaa! dah siap..



Ha..amacam? mudah je kan?
Bahan pun simple je..
Daging Salai Haji Soid nie tak perlu tunggu lama-lama..nampak je dah serasi dengan daging salai tadi dengan kuah..dah boleh tutup api..

Ada yang tanya..sekejap sangat..rasa ke kuah daging salai tuuu??
Eh...mestilah! Daging Salai Haji Soid ni..di salai dengan kayu hutan,,bukan oven tau!
memang betul-betul asli..sekejap je pun dah rasa uolsss...

Dah la mudah..jimat masa isteri-isteri syurga semua..

Yang best dan paling mengembirakan kami bila..
Si isteri call atau mesej kami..
Suami tercinta memuji kelembutan Daging Salai Haji Soid dan masakan air tangan si isteri..
Makan sampai bertambah-tambah...itulah yang buat kami happy..

Faktor kebahagian anda..
menjadi inspirasi buat kami untuk teruskan perniagaan ni..

Terima kasih buat anda semua..

Okey sampai sini dulu..
Jumpa lagi dalam next entry..

Assalamualaikum...

Untuk tempahan boleh call/sms/WhatsApp : 0199935947
Kami boleh pos keseluruh Semenanjung Malaysia atau Sabah, Sarawak dan Labuan






Sunday 4 January 2015

Entry Pertama

Assalamualaikum...
Hai semua..

Ini entry pertama sejak pembukaan blog ni..

Terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong perjuangan kami untuk di Daging Salai Haji Soid..
Yang tak sudah-sudah menyokong dengan membeli produk kami..
Dan memberikan feedback yang awesome buat kami..
ANDA MEMANG AWESOME!!

Terima kasih kepada pelbagai pihak yang membantu,,
Ini adalah salah satu saluran untuk kami reach kepada anda..
Dan salah satu cara untuk anda lebih mengenali kami serta produk yang kami hasilkan..

InsyaAllah..
Next entry soon..
saya ceritakan proses..packaging..labeling atau semua berkaitan dengan aktiviti kami..

Ira,

Anda juga boleh jumpa kami di :

Instagram : dagingsalai_hajisoid
Facebook : Daging Salai Haji Soid
WhatsApp : 0148255850